Saturday, January 30, 2010

HAYATINYA WAHAI ADAM DAN HAWA=|


Assalamualaikum. .,
selama ni aku selalu memblogging diri aku aje dalam blog aku kan. .
okey kali ni, aku betul2 nak share apa yg aku rasa tentang dunia yg semakin mcm2 terjadi.
TANDA-TANDA AKHIR KIAMAT,APATAH LAGI , BUKAN??
sudah bersedia dengan apa yg ingi aku ceritakan? mungkin sedikit sebanyak dapat lah aku berkongsi rasa dgn anda semua.

Ini berlaku bila tidur malam ku dihantui mimpi seperti ini.
ALLAHUAKBAR terjaga terus lantas, aku bangun mengadap kak ema lalu menangis.
IBU BABAH ABANG AYAH DAN EMAK!! I NEED U! IM NOT READY TO BE ALONE AND NOT READY TO LEAVE YOU ALL.
ACTUALLY kalau da ajal, kita tak jangka bila2 kan. Allah Maha Kuasa, time aku menaip pun, Allah blh tarik nyawa aku setelah aku berfikir dgn sedalam dalamnya.

okey, marilah kita mula merenungkan nya. ok? Bisimillahirahmanirahim. .


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah