Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA EID FITRI :)

Dam dam dum..

Assalamualaikum wbt, sahabat serta para pembaca yang dikasihi sekalian ..^__^ hihi.

Apa khabar sayang?! I hope all the readers here fine and happy okie~

Seronok nya raya!! happy sangat!! Mari gunakan cuti yg UITM beri:)

Raya tahun ni byk meninggalkan kegembiraan utk aya~

Nak tau ape aktiviti untuk Raya 2009 ? come, mari, singgipoh! hihi________^^.

*~*~*~*~*~*~*

Raya pertama, 20th October 2009!

Macam biasa la pagi raya, Aya sekeluarga bangun awal dan mandi sunat hari raya:) Actually tak blik kampung Pahang dah 6thn da sbb smua ada di sini da skrg! yeayy!Around 6am Aya wake up! hihi__^^. Siap! siap! Babah da panggil kat bawah. Aya bangun awal tapi siapnya lewat jugak. Abang da pesan siap cepat, tapi masuk tlga kanan klua tlga kiri! haha. Smayang raya di perkarangan rumah nenek di Taman Bukit Chedang. Okey, Aya pun da siap kmudian turun dengan cerianya sbb nak smayang raya and sambut hari raya pada hari ahad yang sangat indah ! okey! Bersalaman di pagi raya sblm smayang raya heyy! SEMESTINYA aya menangis:) yea saya excited menangis:) lantas mendapat duit raye di pagi raya:) hehe______^^!

Chop!! makan aiskrim yang ada dulu di pagi raya bfre ke open house yang diuruskan oleh Ibuku tersayang Mdm. Nisah. Nak dkt 3 jam aya, epul dan abang kat tempat ibu bertugas tuh. haih, bestnyea! hihi___^^! makan mcm2 . kat tmpt VVIP lak tuh. ni smua kerana ibu! haha klu tak, makan kat lua ah kan gaye nye ngan pnuh sesak tuh! ok, da salam2 ngan yang tertentu, balik la kami bertiga dan ibu balik selepas berangkatnya smua orang atasan tu :) balik TIDO:) sbb penat lah kan! cheyywah. budak2 bertalu talu datang nak duit raye. .!


Haa, raye pertama ni bergambar dgn Abang! haha tak penah tgk yea, ni lah abg saye! abang yg saya sayangg and closeeee sgt2 haih:) ______^^! manje ngan abg pon boley ! hihi_________^=. ey, Nazirul ni budak baik dan hensem serta gantang orangya! haha suda berpunya atau belum, saya tatau apa2 sbb saya malas nak amek tahu tapi rasanya da tahu! yes, malam tu, huih smua saudara mara berkumpuk di rumah aya! nice babe! disebabkan leka berbual dan melayan serta ketawa2, terlupa nak amek pic di rumah sendiri! haihyew! ni je yang sempat.

Ni pule gelagat sepupu aya, Kak ngah:) di tepi bunga favorite ibu aya:) haha

Ni pula, aksi kakngah dan kak fahila dgn air mereka:)

Ini pula Syahmi dan Dini..Aya menggalakkan mereka berdua time memujuk rayu dan meminta ayah mereka cellphone sorang satu sbb ayah mereka kaya2! haha. jht kan>.<>

haha_^^! Pic ibu pun ader okie!! tapi mari kte tgk hari kdua dan seterusnya okie:)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Raya kedua, 21st October 2009!

Haha, ni raye kampung Melaka, di Kuala Linggi. Ni family yg ada ketika ini.

Ala, tempat yg sangat cantik dan sering dikunjungi oleh para pelakon utk shooting di kampung saya yang lawa ni:) hihi_______^^ di sana, terdapat juga laut yang sangt cantik juga MEMBINASAKAN CELLPHONE SAYA!!~ haha cellphone saya da msuk air laut. nak tau napa? meh kite tgk aktiviti pada ptg kdua raye! haha.

Biasa lah bila da seluruh keluarga sauda mara belah Babah berkumpul di Melaka, apa lagi belah petang tu kami pon tukar la baju raya ke baju mandi:) haha sbb kami nak mandi laut! tepi umah je tak smpi 3 minit jalan kaki pon ..boleh kira tapak, da sampai laut! hee malam2 blh la dgr air laut berombak sjuk sgt tdur kampung;) hee______^^. Ni pic candid oleh saya! saya dimana? saya yg take pic ni ler;)

Ha, ni 3org bidadari :) haha kiri tu Makngah saya(Kakak Babah), Maktam(Adik Ipar Babah) dan Ibu(Isteri Babah) haha____^^ sweet kan dorang. Seterusnya plak, sesi berdiri sambil teruja dgn letupan mercun dalam pasir! haha__^^ sengal leh tahan gak abg aku n cousin2 aku kcik2 tuh! haih_^^ noty tpi comel!

Ha, 4org ni :

1.Epul

2.Nazirul

3.Haziq

4.Jujud

Mereka ni mmg degil dan suka buli sayaaa! nak nak Haziq yg tgh nak larikan crocs saya tapi diselamatkan oleh Baby iaitu adik sedara saya yang baik dan mmpuyai kamera digital pinky yg chomel! hihi_^^ ko msti bangga kan baby kak lia include kan ur name here! haaha!

Okei, ni Jujud! "Kak Lia, amek gamba jud sorang, ok tak kak lia? thanks kak lia. Amek pic ngan lia asek cantik jer hahaha." Die gelak je weh, hampeh! haha tapi mmg btul adik spupu aku ni mmg cantik dan hndsm:) Ni smua anak2 kecil yg excited nak mandi laut dan dijaga oleh aya, kak faila dan kak atin melaoss! hihi_______^^. bapa2 ibu2 bakal mnyusul! haha. kesedihan melanda bila Cellphone rosak sbb air laut:) tak sengaja utk merosakkan hp itu!

ok sonok mandi laut di Melaka dan beraya di Melaka! sgt best! dapat duit raye:) hee~ haha. okei2 next, mari kita saksikan hari ketiga!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Raya ketiga, 22nd October 2009!

Yeayy! pagi2 ada tetamu terdekat ke rumah smua bising tye raya kdua takda umah sbb datnag takda orang;) haha. Babah tak tls kat board kot yg kami skluarga kuwa n takde umah:) sian mereka. Maaf yea teman2 setaman! haha____^^ . So jiran2 datang dgn meriah:) kawan2 aya dtg dgn pnuh mesra! lama tak jumpa dorang rasa rinduuu sgt! okei, Jam 3 ptg cam takda org, Babah ajak gi Putrajaya bawak nenek gi tgk Masjid Besi! hihi_____^^ so kami pon pegi jalan2 sana! yeayy! best sgttt! balik malam slps selesai solat di Masjid Putrajaya dan Masjid Besi!

Abang ngan Ibu aya! hee__^^! Ibu snap belah kanan ni, blootooth pon boleyy! haha. Kami balik, kawan aya bernama Ijam pon tiba di rumah dgn pnuh muka tunggu! haha:) thanks Ijam sudi datang wlpn ko tau aku tada umah! tapi kau setia tgu aku! haha__^^ Okei, come! esk buat open house, Raya seterusnya:) mari!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Raya Keempat, 23rd October 2009!

Okei! seperti rumah org lain, Aya pun ada open house khas utk kawan2 aya:) makanan yang dihidangkan adalah Nasi Hujan Panas + Kari Ayam :) serta Mee Bandung yang dibuat oleh Aya:) my favy food okei! I got text from Fatin Liyana at 12pm. She said," weh aku ngan dak apiz odw ke umah kau!" haha aya dgn excited mngu kdtgn kawan baik ayadari Indon nih! haih miss her lot babe! dia smpi, trs plok ! hee____^^ she so closed with me actually! she's cute sgt .

jeles sesuatu katanya dgn aya iaitu SKIN aya:) haha____^^ she got nice skin jugak tapi tanak ngaku and nak gebu more than me kot! aisey atin! haha. sabaw! ey byk cter dowh aya ngan dia that time:) dia lah tetamu pertama then dia mmg surprise me dgn new crocs dia! haih, taleh jadi nih! cellphone dia bling2 buat aya nak amek je cellphone dia tuh! weei bagi aku la weiih! grm! haha.apa lagi, tgk gelagat kami! yeay!

Beliau seorang yg sangat baik dan sangt comel hee____^^ aku ikhlas ni aw! hawau kalau kau gelak tak ikhlas! hee_____^^. dia juga sangat baik dan ada ole2 utk dia tahu:) hee suka hello kitty dan krna hari raya, aya blikan dia tie comel dan pin hello kitty utk nya si kawan baik yang tersayang nie____^^! sonok sgt! tetamu seterusnya datang lantas gambar tak diambil pula kerana terlalu leka melayan tetamu:) tak mng tangan_^^

Kurus skit tang kaki aya ni_^^. pon bleyy! haha atin ko tgk pic nih:) bawah

Aku ske time ni . ko tau tak aku kaku giler nak syum sbb nak tglak pon ada time ni. sbb trgat satu prstiwa la___^!. cantik lak dah:)

hehe__^^ cantik lah! hihi. ni budak dua org ni Jep ngan Faisal Kemsalam kat ko:) jawab okie!___^^. kawan2 lama, smua kmslam! haa! thanks ! seterusnya raya, mari!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Raya kelima, 24th October 2009!

Haa, Kami gerak ke Shah Alam, Klang and etc utk beraya di rumah sanak saudara_______^^! sonok2! mari tgk pic bfre ke sana____^^.

Ibu ngan Babah:) in Maroon sutera batik:) hee~

Me and Ibu with Batik sutera sedondon tapi tak sama design:)

Babah and me, "nak gerak dah lambat da ni "babah said!

ha ni nak jugak msuk bloggie adik dia:) abg saya! hnsm nya kau this time saje:) hihi_^^. Sepanjang ke Shah Alam, aya borak2 smbil snap picture lori, motor, bus haha takda kje;)

Da smpi umah maklong, makan tgh hari! da siap, makan lagi di umah maktam! hee__^^ lepak smpi malam! then balik seremban! yeayy!duit raye:) haha

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Raya keenam, 25th October 2009!

KONVOI RAYA dengan KAWAN2 SEKOLAHHH!! yahooo~

mari saya senaraikan siapa yang ikut !kereta daim dan aya serta diikuti guys motorcycle!

1.Aya

2.Athirah

3.Atikah Manap

4.Aisyah

5.Daim

6.Hanani

7.Amir

8.Apek(Nazrin)

9.Faisal Ridha

10.Nik Hidayah

11.Syakireen

12.Alex

13.Usop

14.Totoq(Syafiq fuzi)

15. Aisyah's boyfriend(ALI)

haa. 15 org ikut:) stiap umah , msti ada perbualan yang sangt menarik!!aku dibuli memanjang! cihhss! haha trip ptma ke umah atikah! makan2 bual2 then ke umah Aisyah .makan kek batik, speghertti dan mcm2:) then ke rumah Nik dayah! haa, si kerempenk tulang! haha memekak je spnjg jalan ngan dia ni! tpi FUN!! dia tgh wat asgmtn trs kami serang umah dia! haha. then kami ke umah my prince charming ahah iaitu,totoq~ makan soto weii! giler best!! da selesai makan, kami ke umah Fatin Liyana , my bestfren tuh ler sapa lagikk.. umah dia buat bykkk mknn! smpi abg aya leh tambah kan:) hee~ best sgt2! borak2 amek pic!

waa apa lagi, kami pon da full, aya tinggalkan abg aya dgn kawan lamanya, lalu aya pon beredar utk ke umah ustazah dari Sikamat ke Panchor Jaya! Haa meh sini nak cter, haha pendekkan jela ok, gi tak plan , tatau jalan...SESATTT! haha then kami cancel ke umah ustazah lalu ke umah daim yang berada di Gedung Lalang! yeaay! haha umah dia sweet sbb ada kucing yg aku rasa tak pnh aku gi umah yg ada kucing gmok2 cam tuh wehh! damn comel! kluarga kawan2 smua sproting and FUN! lps slsai solat di rumah daim, aya pon pulang ke rumah sbb nak ke tmpt lain dgn family! hee i miss u all dear! my friends that make me fun whole day!

p/s:


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Raya ketujuh, 26th October 2009!

okei, da last raya me at umah is ddk umah! kawan2 skola datang beraya lagi dan sorry to MIEWA UITM sbb tak dpt dtg. aya demam dan ramai ttmu dtg ke rumah! haih, ke open house member abg bernama asmaa yg sgt comel!.. duduk di rumah mengemas dan mmbli barang pulang dgn ibu and mgira waktu utk pulang ke JENGKA!!! haa times up!

p/s: RAYA TAHUN NI SONOK SGTTTTTTTT! asgmnt tak buat haha. skrg baru nk buat! yeayy!:) i luf all memory with u all friends! i enjoyed! luf mwahxs! xoxo~

Saturday, September 19, 2009

Berakhirlah Ramdhan harini..


Berakhirnya Ramadhan kali ni membuatkan aku tertanya tanya, dapatkah aku berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini tahun hadapan, ya Allah.. Aku seringkali berdoa setiap kali dalam solat, temukan lah aku denganMU.. Banyak benar dosa-dosa yang telah aku buat di dunia ini sepanjang aku telah akil baligh ini.  Ibu Babah lepaskan segalanya pada aku utk berdikari dan corakkan diri sendiri setalah dicorakkan mereka pada aku dari kecil.

Dapatkah Ramadhan membantu aku lagi.. Sepanjang bulan Ramadhan, aku menjalani nya dengan sempurna Alhamdulillah.  Aku mengaku berpuasa di Jengka kali kedua banyak menguji kesabaran aku. . mungkin Allah telah tetapkan ujian kpdku utk tabah dan sabar dalam bulan yang mulia ini.  Perasaan yang bercampur membuatkan aku keliru yang mana satu jalan yang sesuai untuk aku pilih.  

Aku telah banyak menahan kesedihan dalam bulan mulia ni.  Aku btul-btul tak sabar nak balik rumah. aku nak nangis..aku nak ketawa dan bersama keluarga ku yang CUKUP dan LEBIH mengenali aku.  Aku seorang kawan kau yang terlau menjaga hati. Tak pernah ikutkan ego sampai kadang2 aku sanggup korbankan utk kau, wahai sahabat.  kau sakit, kau ada masalah, aku turun padang bersama kau..aku bantu..TAPI! bila aku sakit, aku bermasalah..hanya kata-kata sahaja yang kau mampu.. hanya orang yang banyak membantu aku, bersama aku..memahami aku.. Kau buat aku bagaikan hampas saja bila kau tak memerlukan aku..

Orang yang banyak memberikan semangat adalah orang yang hina dimata kau.  Aku tak berada di satu pihak. Pada aku, semua kawan2 aku..semua bersama aku walaupun aku sedar kau sindir, kau hipokrit sama aku sekali pun, itulah diri aku.  Dari sekola rendah, aku memang bebas berkawan.  Aku dilahirkan berdua. Aku tiada kakak, adik dan hanya ada abang.  Kadang-kadang, hati aku perit menahan kesabaran lihat perangai kau! Aku ke sana ke mari..aku hilang hanya utk melegakan perasaan aku dan bukan memperkotak katik kan keadaan.  Aku sedar kau sembur aku macam2 tapi sebenarnya kau belum cukup mengenali aku. Aku bukan kawan yang sekepala dengan kau.  Waktu susah, aku dibutuhkan waktu aku tak dipergunakan, kau sisihkan.. Aku sahaja yang terpaksa berpura pura ceria sedangkan hati aku sakit sangat. 

Aku ikhlas berkawan. Aku dengan orang lain tak pernah nak bermasalah, tapi dengan kau..sejak mengenali kau dengan lebih lama, semakin banyak aku tahu, tapi aku angap semua orang bermacam macam ragam. Tapi ragam kau melebihi tahap kesabaran. Maaf sekiranya selepas ni aku tak lagi begitu dengan kau kerana cukuplah utk aku hipokrit.  Aku jenis berdiam kerana diam membuatkan kau senyap juga.  Mmg semangat aku tak kuat mcm kau tapi kau mesti ingat satu kesalahan tak semestinya berpanjangan.  Aku melafazkan kemaafan aku walaupun aku tahu dan SEDAR itu bukan lah kesalahan aku. Aku cuma tak mahu pergaduhan ini berpanjangan.  Aku seorang yang muda tersentuh hati. Aku ubahkan demi menjaga perasaan kau walaupun aku sendiri tak boleh.

Kadang-kadang lidah kau yang beracun membuatkan kesabaran aku tak dapat ditahan dan mula aku berprotes dan ketika itu, macam-macam dalam fikiran kau dan sebenarnya kau patut tahu yang kata-kata kau telah MENYINGGUNG perasaan aku.  Kecantikan, aku tidaklah cantik seperti gadis-gadis lain di luar sana.  Susah sangat kah kau memuji aku sekali sekala demi persahabatan, dengan orang lain kau boleh lakukan, dengan aku..jauh sekali.  Aku tak berkira dan tak lah meronta ronta sangat puji itu sebab aku sedar aku bukan la dididik sebagai periak dan takbur dengan pemberian Allah kerana sekali Allah tarik, hancurlah semua.

Aku bersyukur aku dianugerahkan sebegini.   Hodoh sangat aku, sampai aku diperkotak katikkan sesetengah pihak :'(.  Aku sedar yang  aku tak setebal pengetahuan kau, aku lemah aku bodoh dan mungkin itu aku dijadikan begini, segala kata kata aku kau permainkan. Ke sana ke mari kau sahaja bagaikan diva, angkuh dengan kemegahan kau ada. Lihat kau yang riak tu,  hati aku pedih pedih dan pedih!! tolonglah! cukuplah kau buat hati aku sebegitu.  Seksa sangat!  Cukuplah aku dilepaskan bekas kekasih aku yang sudah 4tahun bersama aku, gara gara hasutan.  Aku cukup kenal dia tapi kenapa ketika tu kau buat hati aku benci dia! kenapa!! sekarang, kau pergi dgn sesuka hati kau :'(

Merata-rata aku luahkan isi hati, semua ikhlas dan suruh aku bersabar dan semua pernah berkecil hati dengan kau. Aku terkejut bila ada juga kawan2 kau seperti aku.  Aku makin kuat bila ada semangat baru dan aku terpaksa pilih hidup aku sendiri. Mmg seronok berkawan tapi tak semua tempat ianya seronok.  Kalau nak di imbaukan saat-saat aku mengenali kau, berbeza.  Tolonglah, pergi dan pergi.  Buang perasaan kau yang suka merendah rendakan aku.  Aku menangis kadang2 setiap malam krna aku fikir kenapa sanggup kau buat aku begitu.  Mcam2 alsan aku beri kadang2 aku bohong demi menjaga hati kau.  Ingat la semua kata kata kau dan kata kata itu aku anggap kata kata pertama yang benar yang kita takkan bersama lagi.  Aku ada ramai lagi kawan yang memahami. Aku tak pernah lupa kau kalau ke mana mana. Aku buat apa yang org lain buat sebagai sahabat.  Aku sanggup korbankan diri aku utk orang lain, aku harap kau faham ayat aku ini. Aku mohon maaf.

Aku kuat dan perlu kuat!  Aku tahu yang aku ada kawan2 lain dan juga keluarga aku.  Mereka suruh aku bersabar dan fikirlah jalan yang terbaik utk aku.  betul cakap kalian, "cukup lah ya jaga hati mereka, mereka tak pernah langsung hargai pengorbanan kau. SELLFISH". dari ayat tu, aku cukup faham tak semua kita buat, kita dapat balasan dan baru aku sedar aku dipergunakan.  Mulai dari saat ini, aku menyusun sepuluh jari utk memohon maaf pada kau selama kita berkawan.  Mungkin seronok berkawan tapi sebelum ia nya rapuh, baik aku perlahan lahan tinggalkan nya dan mulai saat ini juga, adalah masa utk aku fikir ttg masa depan aku.  Macam mana aku, itu lah aku dan perangai asal aku yg ceria membuatkan aku ramai kawan dan sekarang tak macam dlu..aku makin hilang keceriaan bila bersama kau.

Kata-kata kawan dan family aku adalah pembakar semangat aku utk teruskan hidup.  Mereka banyak membantu dan bukan melukakan aku.. Dikesempatan ini, aku NAJAHTUL IYLIA HJ MOHD NOR menyusun segala kemaafan kepada rakan-rakan yang ada tersinggung hati. Yang baik datang dari Allah, yang kurang dari aku. Hal ini tiada langsung berkaitan dengan saudara mara dan ahli keluarga;)  cuma ia blogger..aku lepaskan di sini.. dah habis da Ramdhan, aku harap Ramadhan akan datang jika panjang umur aku di dunia ni, masalah sebegini aku tak mahu jumpa lagi.. mmg kita tak blh lari dari masalah tapi kita kene fikir yang masalah takkan datang jika hati masing2 berfikir positif.  

Dah. okey. lega skit hati ni. kalau lah kau tahu blog aku ni, kau terbaca ke apa:) aku harap kau fikirlah yang orang lain cukup menjaga hati kau, dan kau tak layak membalas pengorbanan kami sebagai kawan kau sebegini.  Perasaan kau cukup kami jaga, FIKIRLAH. Hidup kami berbeza sekali dengan kau.  Baru aku faham kenapa ada yang tak suka kan kau. Sekarang, tersedarlah aku sendirinya. Aku bersyukur Allah telah memberikan aku jalan yang terbaik utk diriku, Tanpa keluarga dan kawan2 aku rapuh dan terlalu ikutkan kata kata kau yang berhati ^&*()!! Aku dah lama memafkan KAU dan aku bukanlah seorang pendendam. Salam. . :)

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!! 

Friday, September 18, 2009

ikan:)


  Salam

hai! ni lah rutin aku di Jengka.. bersama IKAN yg comel comel belaka;)

aku dan kak najwa beli ikan dan menjaga mereka di dalam akuarium yuang sangat comel.

Tak espek pon nak beli ikan sebb tatau nak kasi makan, tukar2 air dorang camne kan.

tapi since ada ikan ni, aku rasa cam ada baby:)

aku letak dia comel2 atas meja study kat dlm bilik aku di Jengka.

haih, mula2 teman kak najwa beli ikan. kmdian, roomate aku si Fara pun beli juga sbb teruja dgn kecomelan mereka.  Ikan gapi dan ikan laga adalah pilihan aku:)

gapi betina BURUK sgt muka dan ikan gapi jantan, HENSEM:) haha cantik design dia tu lah menunjukkan beza mereka;)

aku tak pernah2 bela ikan melainkan rumah atok je ada ikan.  rumah aku sendiri pon takda ikan. Kalau ada pun , dulu. baru dua hari beli ikan tu aku letak dlm kolam air terjun rumah aku tapi eskk nya bgn tidur, ibu bilang ikan adik da mati. aku menangis beria..sbb aku tau aku salah aku letak klorin yang melampau byknya. haha aku nangis dan tanak bela ikan lagi.

 sekarang, baru aku rasa bela ikan ni dapat menenangkan jiwa aku kalau tak dpt nak study ke, pandang ikan pon jadi dpn mata:)  Kawan2 aku ske sgt tgk aku laga kan si ikan laga ni:) skali skala perlu dilagakan , bukan apa mmg itu habit mereka. agak2 teruk tu, aku ketuk je ngan apa2 and move balik ke tempat asal:)

semalam aku balik dari Jengka ke Seremban. Babah anta aku ke kdai akuarium di Bandar Pusat utk pindahkan mereka dalam plastik berisi oksigen sbb tumpah2 da air dia dlm kereta;) haha~

thanks babah! uh,takda nama la ikan aku ni:) aku hya pgl dia baby ikan yg comel2:) haha~

Saturday, September 5, 2009

Puasa ke-15 :)

Assalamualaikum..

Hai. today i would like to share with you my experience tidur di Jengka sorang2!

Before tu, aku nak memastikan yg language aku ni tak tunggang langgang kalau tak ,kne bahan dgn si polan bernama tuutt teettt tooot(bukan nama sebenar) hahaha!

mampus tak layan! haaha! kawan2 , roomates smua balik rumah masing2. Ada yg balik subang, johor,seremban and KL...hee mula2 mcm biasa je kan, fikir puasa so takda hantu. Then, leka2 buat HTML dari 2 ptg tgk2 jam dah pukul 6 ptg. Leka sampai tak sedar utk membeli juadah berbuka puasa.  Yang tinggal, Jue Ety and ada la 2 3 4 org lagi yang tak perasan siapa;) haha!

Kak ema pulak smlm je ada arini dia balik Kuantan sbb nak ambil baju raya katanya. Aku pon tinggal lah sorang2. Oh yea, bfre malam sempatlah kluar bli makanan berbuka kat Dataran Intelek tu sbb bfre bli tu hujan lebat sangat! cpt2 turun naik kan tingkap kereta.

OMG shitt! tadapat nak tutup sbb tak blh bkk pintu kereta, kereta kene himpit dgn kereta member. Kalau aku nak klua pon mmg tak dpt la. Hmm,nak ke tmpt driver, lecak and tinggi sangat air. Redah je, masuk! so petir pulak sambung menyabung, aku trskan dgn gigihnya mmbuat HTML. leka buat HTML Jue ngan Kak ema panggil, aku dgn lekas nya siap! haha Jue dah membebel apa tah :) Kak ema plak pon sama membebel! huu nasib krta yg himpit aku tu dah takda, so dapat lah bli juadah bersama kawan! aku bli nasi kerabu , air tembikai abg MPP hehe and tah la, apa lagi tah ;) tapi tak byk cam kelmarin ler:) berbuka ngan ety n jue kat bilik mereka berdua!

okei, 9mlm stop buat HTML, pergi ke bilik Ety utk tgk tv cter Nur Qaseh! Adam da brubah, sjuk hati aku;) hee! haha! so kacau2 Jue yg 24hr gayut ngan Ary Wibowo dia tuh!  Aku nye hp plak sama je bawak ke tak bawak ke, still takda org nk call except my mum and dad:) haha! stakat text ngan kwan2 tu ada la tp tak interesting topic lah! boring nye pasal kan! haha sian kwan2, sorry! habis cter tu, aku pon  masuk bilik aku siapkan task aku tadi . tak perasan, tak klua bilik tgk2 jam pkl 1 a.m! nak call Jue and ety takut ganggu, hati aku dah lain mcam je rasa !

Pastuh aku cpt2 amek yassin, bace sorang-sorang. teringat pulak lah arwah sapa2. Astgfrlh. TANAK bukak almari! sbb kawan2 aku pnh cter dlm almari ada sweety iaitu PONTIANAK! hbss! camne nk amek air laici! aku bukak jugak tp tutup mata and hbs smua aku capai n jatuh! haha  takut nye pasal!  almari farah plak bunyikk tertolak angin..huuu! nevers giler aku weehh!

sekor serangga terbang2, mampos tak layan mati dah kne kipas! ha, main lagi! kan da mati:)  Aku nye HTML pon da siap, so aku smbung buat kerja lain iaitu siapkan teks ucapan untuk event KIDDO RAINBOW CHARITY soon:) hehe! Alhamdulillah, aku dpt siapkan dalam jam 4.30 pagi trs aku sahur. . tunggu subuh, sempat YM dgn wan, and lps solat trs tidur!

Waaa, gelap je bilik sbb langsir warna maroon, and kawan2 plak takda, so aku ingt baru jam 8 pagi..skli babah and ibu call! hahah tgk2 kul 1 pm!! apa nak jadi la aku ni:) haha ngantok nye pasal. takut sweety satu hal. slamat ibu ngn babah call! Ibu ngan babah rilek je;) haha~ Abang aku lak call nak pinjam bband, ah! takda masa aku nk mandi2 nk siap jumpa dia! malas. trs kne marah ngan aku! haha sian abg aku:) aku dah cl say sorry, dia paham.

Babah nk amek aku bawak aku blik seremban sbb ksian sgt aku tgl sorang tp aku tanak balik sb sini aku blh buat kerja. study etc! mls nk blk, klu balik, nnt aku asek hilang jer. kawan2 aku lak ajak kuwa smua! waa takpe2. bfre raya la aku balik! yeayy! haha! Ibu pon bzi, nk ajak shopping pon ibu balik senja..aku paham sgt tugas ibu. ajak babah, babah pon sama bzi. ada atok n nenek je tapi nenek bizi nk masak atok plak ke surau so tanak kacau mereka waktu ramadhan ni;) ajak abg aku pon okei tapi dia pon tak blk. klu tak, ktrg shopping dua beradik jer. Ibu pon ckp bfre raya, kita satu family shopping n that time ibu babah tak bizi sudeyy! hehe_______^^

lagi 15 hari lagi nk raya:) aku harap puasa aku full this ramadhan tapi sbg ppuan, kne redha. nak smayang raya! Alhamdulillah buat masa ni tak pernah missed smayang raya. kcli 2004. .;) nak blaik Melaka, Phang n raya ke 5 sure Babah ajak gi Singapore.  Nnt kaklong nk kawen lps raya pon gi sana jgk. cuti Uitm 9 hari je. then FINAL EXAM.. huhu~

skg ni, aku lum mandi lagi . dah kul 2 da! haha aku tak mandi n tak buat apa lagi ni:)

ok kawan2, c u soon!~ SLAMAT BERBUKA PUASA...

permaisuriAYA:)

Tuesday, September 1, 2009

Pesanan Bonda dari seberang...

Seperti yg B janjikan ada beberapa perkara Najah perlu tahu b4 involve dgn alam CINTA ini. Namun B tidaklah pandai sangat.

1. Najah perlu tahu apa punca keretakan rumahtangganya.
2. Perlu fikir sedalam-dalamnya
3. Najah masih sekolah dan mungkin ada cita2 yg belum terlaksana.
4. Penerimaan anak ayah tunggal itu.
5. Penerimaan ibu dah baba Najah serta seluruh keluarga Najah dan keluarga ayah tunggal itu.
6. Najah perlu buat study tentang dia & his famili.
7. Biasanya masa belum dapat semua boleh nanti bila sudah dimiliki lain pulak ceritanya.
8. Yg penting boleh ke dia menjadi imam untuk Najah & anak2?
9. Financial situation. Semuga tidak berlaku sebaliknya. (faham ye maksud B)
10. Hormat parent dan Najah juga.
11. Ego dia macam mana? Manja Najah dia boleh take it tak?
12. Yg Penting SOLAT.

dan banyak lagi najah. Insan yg paling sesuai menasihati Najah adalah ibu Najah sendiri. She is a good adviser to you. Nevertheless ibu akan senantiasa berkata: Bahagia anak bahagialah ibu.

Najah beruntung masih ada ibu untuk tempat mengadu. B kalau rindu Almarhum Emak hanya pusara tempat B melepaskan kerinduan. Najah tahu tak betapa B rindu nak menyebut MAK. Namun ALLAH menjemput beliau pada tahun 1999. Setiap kali B teringat semua itu pasti B menitiskan airmata malah sekarang ni pun dah menitis.

So Najah jangan sesekali hampakan ibu. Kalau ibu nak lihat Najah berjaya hingga ke menara gading capaikan cita-citanya. Mother knows BEST don u think so?

Jangan kerana Najah sedang mabok bercinta ibu Najah ketepikan. Sesungguhnya kehangatan kasih seorang EMAK tiada bandingannya di dunia ini. So apa erti cinta pada insan lain tapi tidak boleh terima hakikat itulah EMAK kita.

Hidup perpasangan adalah tuntutan alam dan hukum. Namun kita harus bijak menanganinya seperti yg ALLAH perintah. Bukan bererti hidup berpasangan itu melengkapi segalanya namun mendampingi ALLAH menjanjikan kesempurnaan hidup.

Semuga Najah dapat menilai erti kasih sayang sebenar. My dear daughter you are still young. Have faith in ALLAH for your true companion. For now enjoy your youth years to the fullest. When the time comes for you to settle down then you think to that path.

Maaf B pinta sekiranya agak berat email kali ini. Namun inilah B Najah. Sekian.


Assalamualaikum,
Bonda Faridah Hj Omar.