Saturday, September 19, 2009

Berakhirlah Ramdhan harini..


Berakhirnya Ramadhan kali ni membuatkan aku tertanya tanya, dapatkah aku berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini tahun hadapan, ya Allah.. Aku seringkali berdoa setiap kali dalam solat, temukan lah aku denganMU.. Banyak benar dosa-dosa yang telah aku buat di dunia ini sepanjang aku telah akil baligh ini.  Ibu Babah lepaskan segalanya pada aku utk berdikari dan corakkan diri sendiri setalah dicorakkan mereka pada aku dari kecil.

Dapatkah Ramadhan membantu aku lagi.. Sepanjang bulan Ramadhan, aku menjalani nya dengan sempurna Alhamdulillah.  Aku mengaku berpuasa di Jengka kali kedua banyak menguji kesabaran aku. . mungkin Allah telah tetapkan ujian kpdku utk tabah dan sabar dalam bulan yang mulia ini.  Perasaan yang bercampur membuatkan aku keliru yang mana satu jalan yang sesuai untuk aku pilih.  

Aku telah banyak menahan kesedihan dalam bulan mulia ni.  Aku btul-btul tak sabar nak balik rumah. aku nak nangis..aku nak ketawa dan bersama keluarga ku yang CUKUP dan LEBIH mengenali aku.  Aku seorang kawan kau yang terlau menjaga hati. Tak pernah ikutkan ego sampai kadang2 aku sanggup korbankan utk kau, wahai sahabat.  kau sakit, kau ada masalah, aku turun padang bersama kau..aku bantu..TAPI! bila aku sakit, aku bermasalah..hanya kata-kata sahaja yang kau mampu.. hanya orang yang banyak membantu aku, bersama aku..memahami aku.. Kau buat aku bagaikan hampas saja bila kau tak memerlukan aku..

Orang yang banyak memberikan semangat adalah orang yang hina dimata kau.  Aku tak berada di satu pihak. Pada aku, semua kawan2 aku..semua bersama aku walaupun aku sedar kau sindir, kau hipokrit sama aku sekali pun, itulah diri aku.  Dari sekola rendah, aku memang bebas berkawan.  Aku dilahirkan berdua. Aku tiada kakak, adik dan hanya ada abang.  Kadang-kadang, hati aku perit menahan kesabaran lihat perangai kau! Aku ke sana ke mari..aku hilang hanya utk melegakan perasaan aku dan bukan memperkotak katik kan keadaan.  Aku sedar kau sembur aku macam2 tapi sebenarnya kau belum cukup mengenali aku. Aku bukan kawan yang sekepala dengan kau.  Waktu susah, aku dibutuhkan waktu aku tak dipergunakan, kau sisihkan.. Aku sahaja yang terpaksa berpura pura ceria sedangkan hati aku sakit sangat. 

Aku ikhlas berkawan. Aku dengan orang lain tak pernah nak bermasalah, tapi dengan kau..sejak mengenali kau dengan lebih lama, semakin banyak aku tahu, tapi aku angap semua orang bermacam macam ragam. Tapi ragam kau melebihi tahap kesabaran. Maaf sekiranya selepas ni aku tak lagi begitu dengan kau kerana cukuplah utk aku hipokrit.  Aku jenis berdiam kerana diam membuatkan kau senyap juga.  Mmg semangat aku tak kuat mcm kau tapi kau mesti ingat satu kesalahan tak semestinya berpanjangan.  Aku melafazkan kemaafan aku walaupun aku tahu dan SEDAR itu bukan lah kesalahan aku. Aku cuma tak mahu pergaduhan ini berpanjangan.  Aku seorang yang muda tersentuh hati. Aku ubahkan demi menjaga perasaan kau walaupun aku sendiri tak boleh.

Kadang-kadang lidah kau yang beracun membuatkan kesabaran aku tak dapat ditahan dan mula aku berprotes dan ketika itu, macam-macam dalam fikiran kau dan sebenarnya kau patut tahu yang kata-kata kau telah MENYINGGUNG perasaan aku.  Kecantikan, aku tidaklah cantik seperti gadis-gadis lain di luar sana.  Susah sangat kah kau memuji aku sekali sekala demi persahabatan, dengan orang lain kau boleh lakukan, dengan aku..jauh sekali.  Aku tak berkira dan tak lah meronta ronta sangat puji itu sebab aku sedar aku bukan la dididik sebagai periak dan takbur dengan pemberian Allah kerana sekali Allah tarik, hancurlah semua.

Aku bersyukur aku dianugerahkan sebegini.   Hodoh sangat aku, sampai aku diperkotak katikkan sesetengah pihak :'(.  Aku sedar yang  aku tak setebal pengetahuan kau, aku lemah aku bodoh dan mungkin itu aku dijadikan begini, segala kata kata aku kau permainkan. Ke sana ke mari kau sahaja bagaikan diva, angkuh dengan kemegahan kau ada. Lihat kau yang riak tu,  hati aku pedih pedih dan pedih!! tolonglah! cukuplah kau buat hati aku sebegitu.  Seksa sangat!  Cukuplah aku dilepaskan bekas kekasih aku yang sudah 4tahun bersama aku, gara gara hasutan.  Aku cukup kenal dia tapi kenapa ketika tu kau buat hati aku benci dia! kenapa!! sekarang, kau pergi dgn sesuka hati kau :'(

Merata-rata aku luahkan isi hati, semua ikhlas dan suruh aku bersabar dan semua pernah berkecil hati dengan kau. Aku terkejut bila ada juga kawan2 kau seperti aku.  Aku makin kuat bila ada semangat baru dan aku terpaksa pilih hidup aku sendiri. Mmg seronok berkawan tapi tak semua tempat ianya seronok.  Kalau nak di imbaukan saat-saat aku mengenali kau, berbeza.  Tolonglah, pergi dan pergi.  Buang perasaan kau yang suka merendah rendakan aku.  Aku menangis kadang2 setiap malam krna aku fikir kenapa sanggup kau buat aku begitu.  Mcam2 alsan aku beri kadang2 aku bohong demi menjaga hati kau.  Ingat la semua kata kata kau dan kata kata itu aku anggap kata kata pertama yang benar yang kita takkan bersama lagi.  Aku ada ramai lagi kawan yang memahami. Aku tak pernah lupa kau kalau ke mana mana. Aku buat apa yang org lain buat sebagai sahabat.  Aku sanggup korbankan diri aku utk orang lain, aku harap kau faham ayat aku ini. Aku mohon maaf.

Aku kuat dan perlu kuat!  Aku tahu yang aku ada kawan2 lain dan juga keluarga aku.  Mereka suruh aku bersabar dan fikirlah jalan yang terbaik utk aku.  betul cakap kalian, "cukup lah ya jaga hati mereka, mereka tak pernah langsung hargai pengorbanan kau. SELLFISH". dari ayat tu, aku cukup faham tak semua kita buat, kita dapat balasan dan baru aku sedar aku dipergunakan.  Mulai dari saat ini, aku menyusun sepuluh jari utk memohon maaf pada kau selama kita berkawan.  Mungkin seronok berkawan tapi sebelum ia nya rapuh, baik aku perlahan lahan tinggalkan nya dan mulai saat ini juga, adalah masa utk aku fikir ttg masa depan aku.  Macam mana aku, itu lah aku dan perangai asal aku yg ceria membuatkan aku ramai kawan dan sekarang tak macam dlu..aku makin hilang keceriaan bila bersama kau.

Kata-kata kawan dan family aku adalah pembakar semangat aku utk teruskan hidup.  Mereka banyak membantu dan bukan melukakan aku.. Dikesempatan ini, aku NAJAHTUL IYLIA HJ MOHD NOR menyusun segala kemaafan kepada rakan-rakan yang ada tersinggung hati. Yang baik datang dari Allah, yang kurang dari aku. Hal ini tiada langsung berkaitan dengan saudara mara dan ahli keluarga;)  cuma ia blogger..aku lepaskan di sini.. dah habis da Ramdhan, aku harap Ramadhan akan datang jika panjang umur aku di dunia ni, masalah sebegini aku tak mahu jumpa lagi.. mmg kita tak blh lari dari masalah tapi kita kene fikir yang masalah takkan datang jika hati masing2 berfikir positif.  

Dah. okey. lega skit hati ni. kalau lah kau tahu blog aku ni, kau terbaca ke apa:) aku harap kau fikirlah yang orang lain cukup menjaga hati kau, dan kau tak layak membalas pengorbanan kami sebagai kawan kau sebegini.  Perasaan kau cukup kami jaga, FIKIRLAH. Hidup kami berbeza sekali dengan kau.  Baru aku faham kenapa ada yang tak suka kan kau. Sekarang, tersedarlah aku sendirinya. Aku bersyukur Allah telah memberikan aku jalan yang terbaik utk diriku, Tanpa keluarga dan kawan2 aku rapuh dan terlalu ikutkan kata kata kau yang berhati ^&*()!! Aku dah lama memafkan KAU dan aku bukanlah seorang pendendam. Salam. . :)

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!