Tuesday, September 1, 2009

Pesanan Bonda dari seberang...

Seperti yg B janjikan ada beberapa perkara Najah perlu tahu b4 involve dgn alam CINTA ini. Namun B tidaklah pandai sangat.

1. Najah perlu tahu apa punca keretakan rumahtangganya.
2. Perlu fikir sedalam-dalamnya
3. Najah masih sekolah dan mungkin ada cita2 yg belum terlaksana.
4. Penerimaan anak ayah tunggal itu.
5. Penerimaan ibu dah baba Najah serta seluruh keluarga Najah dan keluarga ayah tunggal itu.
6. Najah perlu buat study tentang dia & his famili.
7. Biasanya masa belum dapat semua boleh nanti bila sudah dimiliki lain pulak ceritanya.
8. Yg penting boleh ke dia menjadi imam untuk Najah & anak2?
9. Financial situation. Semuga tidak berlaku sebaliknya. (faham ye maksud B)
10. Hormat parent dan Najah juga.
11. Ego dia macam mana? Manja Najah dia boleh take it tak?
12. Yg Penting SOLAT.

dan banyak lagi najah. Insan yg paling sesuai menasihati Najah adalah ibu Najah sendiri. She is a good adviser to you. Nevertheless ibu akan senantiasa berkata: Bahagia anak bahagialah ibu.

Najah beruntung masih ada ibu untuk tempat mengadu. B kalau rindu Almarhum Emak hanya pusara tempat B melepaskan kerinduan. Najah tahu tak betapa B rindu nak menyebut MAK. Namun ALLAH menjemput beliau pada tahun 1999. Setiap kali B teringat semua itu pasti B menitiskan airmata malah sekarang ni pun dah menitis.

So Najah jangan sesekali hampakan ibu. Kalau ibu nak lihat Najah berjaya hingga ke menara gading capaikan cita-citanya. Mother knows BEST don u think so?

Jangan kerana Najah sedang mabok bercinta ibu Najah ketepikan. Sesungguhnya kehangatan kasih seorang EMAK tiada bandingannya di dunia ini. So apa erti cinta pada insan lain tapi tidak boleh terima hakikat itulah EMAK kita.

Hidup perpasangan adalah tuntutan alam dan hukum. Namun kita harus bijak menanganinya seperti yg ALLAH perintah. Bukan bererti hidup berpasangan itu melengkapi segalanya namun mendampingi ALLAH menjanjikan kesempurnaan hidup.

Semuga Najah dapat menilai erti kasih sayang sebenar. My dear daughter you are still young. Have faith in ALLAH for your true companion. For now enjoy your youth years to the fullest. When the time comes for you to settle down then you think to that path.

Maaf B pinta sekiranya agak berat email kali ini. Namun inilah B Najah. Sekian.


Assalamualaikum,
Bonda Faridah Hj Omar.